Friday, March 20, 2009

Johan Futsal 2009

Tahun 2009 kejohanan futsal anjuran Malaysian Club - Bahrain telah diadakan agak awal berbanding dengan tahun lepas yang di adakan pd musim panas. Kejohanan berlangsung selama 2 minggu iaitu pada malam Khamis 12/3/2009 dan pada malam tadi 19/3/2009 bertempat di Komplek Sukan Umm AlHassan.



Kali ini saya telah dilantik sebagai Kapten pasukan. Walaupun bukanlah regular player yg setiap minggu turun bermain futsal tetapi minat bersukan yg objektif utamanya utk mengekalkan kesihatan jasmani. Menang atau kalah bagi saya adalah adat biasa dlm apa jua pertandingan. Pada minggu pertamanya alhamdulillah pasukan kami telah berjaya mara ke separuh akhir. Dan pada malam tadi malam penentuan pasukan kami telah menunjukan semangat juang yg tinggi sehingga berjaya mara ke perlawanan akhir dan seterusnya berjaya muncul sebagai Juara Futsal bagi tahun 2009.....jangan tak caya hehehe. Setiap pemain pasukan kami tidak lah menetapkan harapan yg tinggi memandang kami tidak mempunyai superstar berbanding dgn pasukan2 yg lain. Piala2 kejohanan Futsal 2009 telah disampaikan oleh Y.Berbhg. Dato Duta Besar Malaysia Ke Bahrain yg menjadi tetamu khas pada malam tadi.



Sebagai kapten pasukan saya menetapkan kerjasama berpasukan yg tinggi utk menampung kelemahan yg ada. Dari itu meletakkan strategi yg betul, menggunakan kebolehan pemain yg bersesuai utk posisi tertentu serta mengkaji kekuatan dan kelemahan pasukan lain menjadi sebahagian besar faktor kejayaaan permainan bepasukan selain faktor nasib juga memain peranan. Pencapaian Johan 2009 ini memperbaiki kedudukan pasukan saya yg menduduki tempat 3 pada tahun 2008.






Monday, March 9, 2009

I am Very Poor Man...

Peristiwa ini sudah berlalu hampir dua minggu....namun ianya seringkali terlintas difikiran dan benar2 menyentuh hati dan perasaan saya. Kisah yg hanya berlaku sekitar 10 ke 15 minit mungkin tidak significant atau memberikan apa2 makna pada org lain, tetapi bg saya ada sesuatu yg perlu dilihat melebihi konteks biasa dan luaran shj.

Pada hujung minggu kebiasaanya saya dan rakan serumah akan ke Central Market Manama membeli sedikit lauk pauk. Namun sejak berpindah Hamad Town kami belum lagi ke pasar kerana aktiviti dapur kami belum beroperasi sepenuhnya. Dan kebetulan pd hujung minggu tersebut kami ada tetamu jemaah dakwah Malaysia yg transit dari London seramai 4 org untuk pulang ke Malaysia dan kami bercadang utk menjemput mereka utk makan tengahari di rumah. Utk tujuan itu saya kepasar Manama utk membeli sedikit lauk pauk dan bhn mentah dan rakan serumah Hj Ismail menawarkan diri utk membawa para ahli jemaah tersebut utk short trip sekitar Bahrain.

Selesai membeli bahan2 yg dikehendaki saya membawa bungkusan2 yg agak byk ditangan dan dikala itu bersua dgn seorang buruh yg mengambil upah membawa barang2 utk belian utk dihantar ke kenderaan. Beliau dgn bersungguh2 memohon agar saya menggunakan khidmat beliau, walaupun berkali-kali menolak pelawanya, beliau tetap mengharapkan kesudian saya. ....sambil memandang saya dgn wajahnya yg sayuu beliau bersuara sambil berkata " I am veryy poor man....please....", suara yg seolah2 keluar dari jauh pelusuk sanubarinya, disaat itu saya tidak mampu lagi menolak. ..apatah lagi memikiran dgn kadar upahnya yg untuk sepinggan nasi disini pun belum tentu mampu utk dibeliinya.

Kata2 itu hampir seminggu masih terngiang2 ditelinga. Saya rasa amat bersyukur dgn nikmat yg Allah bagi dgn anugerah rahmatNya yg melimpah ruah jika dibandingkan dgn hamba2Nya yg bertungkus-lumus siang dan malam mencari sedikit rezeki dan merasakan betapa periitnya hidup walau utk mendapatkan sepinggan nasi atau sepinggan kubus (roti arab). Semoga kita tergolong dikalangan hamba2Nya yg bersyukur...

Monday, February 23, 2009

Majlis Tahlil dan Majlis Iktikaf

Pada malam Khamis 19/2/2009 yang lepas terdapat dua majlis yang kedua2 nya penting bagi saya dan bermula hampir serentak di dua tempat yg berasingan. Satu majlis tahlil yg diadakan oleh Malaysian Club di Malaysian Embassy dan satu lagi majlis iktikaf yg kini hampir menjadi aktiviti bulanan saya bersama sahabat2 yg lain yg juga telah dirancang beberapa minggu lebih awal. Majlis tahlil bermula selepas solat maghrib manakala majlis iktikaf yg dirancang di Masjid Khalid Al Malik yg terletak di Umm Al Hassan dijadualkan selepas solat Isyak.


Majlis tahlil diadakan khusus utk bermunajat kepada Allah swt memohon limpah kurnia dan rahmat dariNya agar mengurangkan bebanan tekanan ekonomi akibat krisis kewangan yg sedang melanda diseluruh dunia, dan Bahrain juga tidak terkecuali mengalami tempiasnya.

Sejurus sahaja selesai majlis tahlil tersebut saya terus menuju ke Masjid Khalid Al Malik di Umm Al Hassan utk menyertai rakan2 disana. Selama beriktikaf di sini saya juga disertai oleh rakan2 yg sama ingin mendekatkan diri kpd Allah swt antaranya Hj Ismail, Hj Shaiful, Hj Ku Adenan, Hj Salleh, Hj Wan Tajuddin, Hj Dr. Abdullah Punjo seorg warganegara Indonesia yg juga mencari rezeki di Bahrain. Semoga proses sebegini akan terus menjinakkan hati2 hambaNya yg serba serbi kekurangan dan lemah.

Tuesday, February 17, 2009

Pindah Ke Hamad Town

Sejak menetap di Bahrain dan menjadi bujang terpaksaa sementara nii, berpindah2 rumah semacam dah menjadi perkara biasa bagi saya. Pada hujung minggu lepas Sabtu 14/2/2009 saya berpindah sekali lagi ke rumah baru yang terletak di Hamad Town. Faktor kali ini kerana kerana kadar sewa yg lbh rendah, jarak yg lebih dekat ke pejabat saya di Janabiyah yg kurang dari 15 minit perjalanan dan yg lebih cantiik nya ianya berhampiran dgn masjid besar Hamad Town....tapi tak de maknanya klu dekat masjid tapi tak pergi solat jemaah. Kawasan perumahan di Hamad Town lebih teratur dan tersusun serta mempunyai byk ruang letak kereta yg sememangnya menjadi satu masalah besar sebelum ini di tgh2 Bandar Manama. Saya rasakan barang2 yg dipindah byk juga terdiri dari barang2 dapur kepunyaan rakan serumah saya, Hj Ismail...maklumlaah pakar masak. Namun saya tetap bersyukur kerana dgn brg2 itulah juga yg menyumbang kpd 'otot2' badan saya yg semakin berkembang pesat...

Thursday, February 12, 2009

Tetamu Terakhir Flat No. 25

Flat No. 25 Bangunan Panorama yg terletak di Exhibition Road sudah agak lama tidak menerima kunjungi tetamu. Dan pada petang Sabtu 7/2/2009 tanpa dirancang saya dan rakan serumah Hj Ismail mengajak rakan2 yg berdekatan dan berjiran dgn Flat kami utk singgah minum petang ....akhirnya ia merupakan minum petang yg akhirnya menjadi jamuan mkn malam sekaligus utk kami...maklumlah orang bujang hehehe.

Hj Ismail seperti biasa yg merupakan pakar masakan dgn dibantu oleh saya menyediakan sedikit bee hun goreng, bubur kacang serta sedikit buah2an, sementara itu Hj Ku Adenan yg tinggal di Flat atas tanpa diduga membawa semangkuk besar makaroni yg dimasak oleh isterinya. Selain itu ada tersdia juga roti dan aiskrim sebg pasangannya. Rakan2 yg berdekatan hadir selepas solat asar disini lbh kurang jam 4 petang. Antara sahabat2 yg berdekatan Flat kami adalah Nordey, Hj Ku Adenan, Hj Wan Tajuddin, Hj Nasir dan Rozihat yg hadir. Sembang2 petang itu berubah2 dari satu topik ke satu topik...bab keluarga, isu2 semasa di Bahrain dan Malaysia, kekecohan politik di Perak, kegawatan ekonomi dan mcm2 lagi. Tanpa disedari waktu yg berjalan dgn begitu pantas. Kami menunaikan solat maghrib berjemaah dan rakan2 mula beransur pulang selepas itu. Sekali sekala berkumpul utk minum petang bersama rakan2 dr Malaysia kami saling meng'update'kan informasi utk manafaat bersama.

Rakan2 yg hadir pd petang itu mungkin merupakan tetamu terakhir kami di Flat No. 25 Panorama Building. Kami merancang untuk berpindah ke sebuah Flat baru yg terletak lebih dekat dgn pejabat kami di Janabiyah.

Thursday, January 29, 2009

Antara Seorang CEO dan Seorang Dai'e

Saban minggu selepas menunai solat Jumaat di Masjid Abu Bakar, ramai warganegara Malaysia yg solat Jumaat berjemaah akan berkumpul di ruang solat di tingkat atas masjid. Dan saban minggu juga Sheikh Abd Hakim akan menterjemahkan intipati kandungan khutbah Jumaat yg disampaikan Katib di dalam Bahasa Arab keBahasa Inggeris. Beliau juga akan mengupas serba sedikit mengenai isu-isu semasa spt perjuangan rakyat Paletsin dan Gaza serta krisis kewangan dunia yg melanda. Sekiranya tanpa2 apa keuzuran beliau akan setia meluangkan 15 ke 25 minit utk manafaat segolongan kecil kami warga Malaysia yg lbh kurang dlm lingkungan 15- 20 org.

Saya amat mengagumi sikap yg ditunjukkan oleh Sheikh Abd Hakim, beliau bukan org kebanyakan yg mempunyai banyak masa utk diluangkan dimana2 majlis. Beliau merupakan seorang yg mempunyai profil kedudukan yg tinggi di Bahrain. Sheikh Hakim yg saya agak berusia mungkin sekitar 40an nampak lebih muda dari usianya. Beliau adalah big boss atau CEO di syarikat kewangan antara yg terbesar di Bahrain iaitu Kuwait Finance House selain memegang jawatan Presiden dan Naib Presiden kpd beberapa buah anak syarikat yg lain. Wajah beliau seringkali juga terpampang dimuka2 akhbar utama di sini. Kesibukan di dunia korporat langsung tidak melalaikan beliau untuk utk berdakwah, berpesan2 tentang kebesaran Allah swt serta nasihat terhadap sikap kita terhadap cabaran muslim pd masa kini.

Ketika kita sering merungut dengan kesibukan urusan seharian dan sering kali kesuntukan masa apatah lagi utk mengorbankan masa untuk beribadat atau utk apa2 urusan keagamaan. Sekurang2nya Sheikh Hakim memberikan saya satu alasan kukuh kesibukan keduniaan yg tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita mengabaikan masa utk beribadah, berdakwah dan menunaikan tanggungjawab sosial terhadap mereka2 yg memerlukan serta mereka2 yg paling hampir dgn kita.

Thursday, January 15, 2009

Awareness Through Mosque Tour

Pada pagi Sabtu 3hb Januari 2009, Hj Ismail memberitahu saya beliau mendapat SMS dari saudara Zul Tiew yg menyatakan ada program Discover Islam pada petang nanti. Program ini dinamakan Awareness Through Mosque Tour bertujuan utk melatih sukarelawan menjadi pembantu pelancong disamping memberi kesedaran tentang agama Islam kpd pelancong2 asing dan pelawat2 yg datang melawat masjid2 di Bahrain. Saya secara spontan mengatakan minat utk hadir di dlm program tersebut. Pusat tumpuan utama pelancong adalah Grand Mosque atau Masjid Al Fateh yang terletak di Jufair, tak jauh dari pusat bandar Manama. Masjid ini merupakan masjid yg terbesar di Bahrain dan mampu memuatkan 70,000 jemaah pd satu2 masa.

Acara petang itu diadakan di Discover Islam, namun sambutan dari kawan2 Malaysia agak dingin. Angka kehadiran boleh dibilang dgn jari. Atas sebab2 tertentu kami bersetuju progaram ditangguh selepas berjalan lbh krg hampir sejam ke hari Rabu pagi sempena hari cuti Ashoora. Seperti dijadualkan saya dan Hj Ismail hadir di Discover Islam pd pagi Rabu 7hb Januari 2009. Kehadiran agak menggalakkan berbanding dgn sessi yg pertama Sabtu lepas. Kami didedahkan dgn konsep dakwah dan kepentingan dakwah dlm Islam, serta perlunya mengambil kesempatan keatas kesediaan pelawat asing2 mendengar keterangan selain dari ciri2 sejarah, rekabentuk bangunan tapi diselitkan juga konsep agama Islam serta perbandingan dgn agama2 lain. Pagi itu kami agak bertuah kerana terdapat beberapa kumpulan pelancong yg melawat Masjid Al Fateh. Kami didedahkan secara langsung oleh Tn Syed Ali bagaimana beliau memberi keterangan2 kpd para pelancong semasa dimasjid dan secara tak langsung membimbing kami perkara2 "do and don't" semasa memberi keterangan. Tn Syed memberikan penjelasan ringkas dan padat kpd beberapa org pemuda dan pemudi dari England semasa sessi lawatan di masjid, keterangan yg pd saya yg boleh mengetuk hati dan minda mereka2 yg bukan Islam. Sessi keterangan tamat selepas solat zohor berjemaah dimasjid. Sessi ATMT ini seterusnya akan dilanjutkan pd setiap Selasa jam 7.30 malam di Discover Islam dan dijadualkan selama 7 minggu.

Tn Syed Ali yg berpengalaman lebih dari 15 tahun dibidang dakwah dah telah berjaya mengIslamkan ramai penganut agama lain ke Islam hasil usaha gigih beliau. Setiap ilmu yg yg dicurahkan beliau bagaikan 'mutiara2 kehidupan' yg amat berharga bagi saya dan juga bagi setiap individu muslim utk berhadapan dgn penganut agama lain yg mempunyai tanggapan yg salah dan negatif terhadap Islam. Semoga pengalaman sebegini membuka jejak langkah saya yg lebih jauh utk mencari redha Allah swt.