Alhamdulillah.....akhirnya pada hari ini iaitu pada 31hb Mei 2008 dapat juga aku membina sebuah blog walaupun tak ada latarbelakang IT yang bagus sangat. Lagi pun hari ini adalah hari weekend di Bahrain, jadi aku gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk bersantai dirumah bersama housemate .
Bila aku cakap nak buat blog dia pulak yang teruja lebih-lebih nak buat blog and then akhirnya kami sama-sama ada blog masing-masing. Kenapa aku buat blog niii?? Aku rasa banyak benda yang aku nak kongsi dengan dunia luar sana....dan cara yang paling mudah adalah dengan memanafaatkan teknologi yang ada. InsyaAllah saya akan cuba memuatkan apa-apa berita menarik, bahan ilmiah yang ada dan juga gambar-gambar menarik yang saya ada untuk dikongsi dan dimanafaatkan bersama.
Saturday, May 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment