Sunday, June 22, 2008

ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI

Pengalaman menghadapi masalah kesihatan kedua-dua anak membuatkan aku rasa insaf dan sedar betapa lemahnya diri ini. Betapa sebagai makhluk kita sememang memerlukan tempat untuk mengadu dan tempat untuk memohon pertolongan. Sepanjang seminggu percutian aku masalah ini tidak sekadar berhenti disitu sahaja. Sehari selepas anak-anak aku semua disahkan sihat dan pulang dari hospital, aku mendapat berita anak saudara lelaki aku pula telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang akibat jangkitan virus. Rasa tanggungjawab sebagai pakcik nya aku bergegas ke hospital bersama bersama mak, che’ (ayah tiri), Kak Nah dan anaknya Nasuha yang sememang berada dirumah kerana menziarah anak2ku sewaktu sakit.


Mat Shah sememangnya bertugas di Hospital Klang, selalunya dia yg hari2 tengok orang sakit agaknya sekarang tau-tau dia pulak yang masuk wad. Di wad hampir semua katil-katil pesakit mempunyai penghuninya.....mmmmm ramai sungguh mereka yang sakit niii hatiku terdetik. Mat Shah kelihatan dalam keadaan yang agak kurang bermaya dan sedang lena. Disitu kelihatan ada 2 orang rakan sepejabatnya yang dtg melawat sama. Sesedarnya aku lihat bintik-bintik merah seumpama simptom demam denggi terdapat pada tangannya. Hasil perbualan dengannya aku dimaklumkan virus penyakit masih belum diketahui....dia cuba menyakinkan kami semua bahwa dia ok saja walaupun kerutan dimukanya jelas kelihatan. Keesokan harinya aku bersama mak, che' dan kak Nah datang menziarah lagi kali ini dengan membawa air kelapa dgn harapan menjadi penawar kpd demam atau denggi jika disahkan begitu. Hari ini dia kelihatan semakin pulih tidak seperti semalam. Air kelapa tuu aku bacakan beberapa ayat2 syifa'/penyembuh yg aku ingat sambil berdoa semoga Allah mempercepatkan kesembuhannya. Alhamdulillah Mat Shah keesokannya dah dibenarkan pulang oleh Doktor.

Selang sehari Kak Nah mengajak aku menziarah Kak Mek (kakak tiri sebelah ayah) diKlang yang diberitakan telah lama sakit. Aku bersama adik lelaki Mat Lie yg kebetulan singgah di Shah Alam kerana urusan kerjanya, Kak Nah dan Nasuha bersama2 ke rumahnya. Setelah beberapa kali memberi salam, masih tiada tanda2 penghuni yg keluar dari rumahnya walaupun pintu hadapan sedikit terbuka.....kami sabar menunggu sehinggalah anak lelakinya keluar. Mukanya kelihatan sedikit terkejut dgn tetamu2 yg tak disangka-sangkanya. Melihat keadaan Kak Mek membuatkan aku rasa betul2 sebak dan pilu. Keadaan beliau amatlah menyedihkan, beliau hanya mampu untuk duduk dan baring sahaja. Tubuh badannya yg dulu agak berisi sekarang kelihatan begitu kurus. Beliau tidak lagi mampu untuk bercakap, tidak mampu untuk makan sendiri dan mengunyah, tidak mampu untuk melihat, tidak mampu untuk mendengar dan jauh sekali untuk berjalan.....aku hanya mampu beristigfar berkali2 di dalam hati melihat dugaan yg Allah swt timpakan keatas dirinya. Dirinya kelihatan amat gelisah sekejap duduk dan sekejap baring, mungkin sejam bagaikan setahun lamanya dalam keadaan begitu. Aku difahamkan beliau telah beberapa kali terkena serangan strok/angin ahmar. Hampir kesemua pancaindera utamanya tidak lagi mampu berfungsi. Beliau cuba utk berkomunikasi dgn kami tetapi gagal...tiada sepatah pun perkataan yg keluar dari mulutnya yg kami faham. Aku cuba menghayati kesengsaraan yg ditanggungnya, mungkin makna kehidupan sudah hampir tiada lagi dalam kotak fikirannya.

Beberapa peristiwa semasa percutian seminggu di Malaysia mengajar aku betapa tak ternilainya anugerah kesihatan yang Allah swt kurniakan kepada makhluknya. Ianya tidak mampu dibanding dengan segunung emas sekalipun. Apakah agaknya yg kita lakukan jika kita berada di tempat Kak Mek di dalam keadaan yg sebegitu. Ribuan kesyukuran kehadrat Allah di atas limpah kurnianya selama ini.

No comments: