Thursday, June 12, 2008

KEJUTAN DARI MALAYSIA

Pada 9/6/2008 jantung aku terasa berhenti berdegup untuk seketika ....terasa seolah seluruh urat saraf dan nadi aku juga terhenti bekerja beberapa detik bila isteri ku memberi tahu anak lelaki aku yg berusia 2 tahun terpaksa di tahan dihospital. Tanda-tanda demam campak yang diberitahu oleh doktor klinik berdekatan taman perumahan kami tuuu hanyalah tekaan beliau semata. Doktor pakar mengesyaki ianya adalah jangkitan penyakit , kaki tangan dan mulut. namun ujian lanjut perlu dilakukan. Pada petang itu aku diberitahu contoh darah telah diambil utk mengenlpasti lebih lanjut mengenai ttg penyakitnya.

Aku tak dapat bayangkan anak yang baru berusia 2 tahun dan belum tahu apa2 akan ditahan dihospital. Sepanjang hari kepala otak berputar ligat memikir sebarang kemungkinan......Ya Allah pada Mu shj lah tempat aku memohon pertolongan dan aku berserah...Selepas solat fardhu aku mendirikan solat sunat hajat serta bermunajat pd Allah agar kesembuhan segera dikurniakanNya.

Keesokan harinya sekali lagi jantung aku bagaikan dipanah halilintar apabila mendapat tahu keputusan ujian darahnya menunjukan keputusan positif kehadiran enzim yg tinggi di dalam darahnya. Doktor mengesahkan anak aku mendapat jangkitan virus EV71.......doktor memutuskan utk membuat pemantauan terhadap sebarang reaksi pd jantungnya setiap dua jam. Ujian ultrasound terhadap jantungnya juga perlu dibuat.....sampai begitu sekali ke....serius sangat ke nii.....otak aku tak henti2 memikirkannya. Sukar utk aku bayangkan perkara ini akibat berjauhan dgn anak2.....utk mendapat maklumat yg terperinci aku mencari mengenai virus EV71 ini diinternet, dan hasil carian benar2 membuat aku betul2 terduduuuk dan hampir menitiskan airmata. Rupa2nya virus ini adalah virus yg telah menyebabkan ramai kematian dikalangan kanak2 di China dan Taiwan serta serdang merebak di negara China.

Isteri aku memaklumkan akibat si abang telah disahkan terdapat jangkitan, doktor mengesyaki besar kemungkinan si adik yg baru berusia setahun juga mendapat jangkitan yg sama....disebabkan simptom2nya dah ada pd si adik doktor mengarahkan si adik puuun ditahan dihospital juga. Sukar utk menceritakan perasaan aku pd waktu itu, perasaan aku benar2 bercelaru dan tertekan ........tak dapat aku bayangkan kepayahan yg bakal isteriku akan tanggung dalam keadaan begini. Dua-dua sekali anak aku masuk sepitaal...

Aku cuba menenangkan diri seketika, menarik udara sedalam2nya walaupun terasa begitu sukar sekali....dan bertafakur kpd Allah swt yg Maha berkuasa keatas segala sesuatu. Hanya kpd Allah shj tempat utk aku mencari kekuatan skrg nii.....kalau tak nanti tak pasal2 aku pulaak yg masuk sepital kat sini. Aku cuba memberi kekuatan pd isteri supaya sentiasa berzikir dan memohon agar Allah memberi kekuatan dan tabah dlm menerima dugaanNya.

Aku memutuskan walau apapun yg terjadi aku mesti balik ke Malaysia dgn seberapa segera. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan aku disini, cuti aku diluluskan dlm masa yg singkat .....tiket flight yg aku cari2 masih lagi ada pd 12/6/08 mlm minggu disini iaitu mlm Jumaat dan pd harga yg amat berpatutan. Memandangkan musim sekrg ini musim cuti musim panas di Bahrain, mendapat tiket pulang dlm masa terdekat pd harga yg agak murah pun satu rahmat Allah swt bg aku. Semoga anak-anakku cepat sembuh pabila menatap wajah papa kesayangannya nantiii......

No comments: