Friday, June 6, 2008

SEBULAN SUDAH BERLALU....


Pejam celik pejam celik tanpa aku sedari pada 4hb Jun 2008 rupa-rupanya dah pun genap sebulan aku berada diperantauan, jauh dari anak-anak kesayangan dan juga isteri tercinta....aduuuuh rindunya aku pada keluarga tersayang walaupun saban hari aku menatap wajah-wajah mereka ini melalui YM yang satu-satunya menjadi medium untuk aku menatap wajah-wajah kesayangan......

Bertugas dengan agensi kerajaan Bahrain di sini bagi aku merupakan satu kejutan budaya kerja. Bayangkan selepas sebulan bekerja aku masih lagi tiada assignment project yang perlu aku handle. Maklumlah keja kerajaan hehehehe.....setengah mampus jugaklaaah setiap hari aku dipejabat nak habiskan masa yang ada, kalau di Malaysia dulu memang tak menang tangan dibuatnya, dengan bebanan kerja yang bertimbun-timbun yang kekadang sedikit sebanyak menimbul stress dan ketegangan. Kekadang terpikir jugaak yang dia orang ambiik aku bayar gaji mahaal-mahaal (klu banding dgn Malaysia leer) lepas tuu bagi keja sikit-sikit jeer .....alangkah kurang bijaknyaaa. Working hours pun lebih singkat disini berbanding di Malaysia (tu belum kira yg kena stay back sampai mlm2) iaitu dari 7.00am ke 2.15pm lebih kurang 7 jam .
.
Sesuatu yang peliknya di jabatan aku nii ramai dari pekerja teknikalnya adalah terdiri dari orang-orang luar dan majoriti daripada mereka ini adalah dari Filipina....bukan setahun dua mereka disini malahan dah berbelasan tahun dan ada yang dah lebih dua puluh tahun bekerja di Bahrain. Kalau berjalan kemana-mana pun di Bahrain kita pasti akan terjumpa dengan mereka-mereka yang berwajah kemelayuan ini menunjukkan betapa ramainya pendatang dari Filipina yang mencari rezeki disini....sehinggakan kalau aku masuk mana-mana kedai pun pastinya mereka akan teka aku pun Filipino jugaak.....bab niii yang akuu rasa palingg tak syok. Tak pasal2 aku jadi Filipino....
.
Dengan jumlah penduduk Bahrain yang berjumlah hanya 1 juta orang dan hampir 40% darinya adalah terdiri daripada warga-warga asing yang berhijrah ke sini.....sebahagian besar dari mereka ini terdiri dari kaum India yang dah pun berhijrah kesini 2 ke 3 generasi yang lalu. Sebahagian besar kaum India ini bekerja sebagai pekedai runcit, pengusaha dan pekerja restoran dan majoriti dari buruh binaan terdiri dari mereka....mcm Indon di Malaysia lah lebih kurang. Ada juga yg menjadi profesional disini sperti Jurutera, Doktor dll. Selepas kaum India yang kedua ramai pendatang disini adalah Filipino....sehinggakan iklan2 TV, kedai2 pun ada dlm bahasa mereka, bahkan newspaper dlm bahasa Filipino pun ada...Mula-mula sampai dulu tuu terasa pelik gaak bila jalan2 kat bandar asyik terserempak dgn India dan Filipino jeeer....tak rasa macam duduk di negara Arab langsung.

Bandar Manama Bahrain


Masjid Al Fatiih


Suasana pasar ikan


Suasana pasar buah

Main bola atas padang batu

Bahrain Trade Center



Alhamdulillah harga makanan disini taklah mahal sangat aku rasa.......kalau pekena briyani kambing ke ayam atau lembu yang nasiknya tuu sepinggan penuh dan boleh makan utk 2 orang harganya dalam 850 fils atau 0.85 dinar ( 1000 fils = 1 dinar). Klu covert ke RM, 850 fils tuu lbh kurang RM 7.50 ......1 dinar sama dengan RM 8.50. Kalau makan capati 2 bijik (sebijik sama besar dgn roti canai kat Malaysia) lbh dlm 200 fils atau RM 1.70. Harga barang-barang yang lain aku rasa lebih kurang antara 20% ke 40% lebih mahal sedikit dari di Malaysia. Kos hidup paling mahal di Bahrain adalah rumah sewa......yang kos sewaannya sebulan mencecah antara BD 200 ke BD 450 sebulan atau RM 1700 ke RM 4250. Itu kira kelas sederhana, kalau nak yang lagi bagus pun ada dengan kadar sewanya sehingga BD 1000 sebulan lengkap dgn segala kemudahan mcm hotel laa gitu.

Yang paling best di Bahrain adalah harga keretanya memang murah kalau dibandingkan dengan harga di Malaysia....bayang Honda Accord model paling baru tu harganya dalam BD 7800 atau RM 66,300 sahaja, lebih kurang sama harganya dgn Toyota Camry baruuu....tak heranlaaah kalau disini ramai yang pakai kereta besar2 termasuklah orang-orang Malaysia yang nak melepas geram. Secara puratanya harga kereta disini adalah lebih kurang setengah harganya dibandingkan di Malaysia. Harga petrol laak baru dalam 60 sen ke 80 sen seliter ......kat Malaysia dah cecah RM 2.70 seliter ...huk huk huk. Yang tak bestnya kat sini banyak kereta yg besar2 tapi jalannnya tak sebesar mana puun.
Walaumacamana pun sekurang-kurangnya kepala aku taak laah jadi bootak nak fikir setiap kali nak isi minyak di Malaysia......

No comments: