Monday, June 2, 2008

TREE OF LIFE

Hari kelepasan hujung minggu di Bahrain adalah pada hari Jumaat dan juga Sabtu. Selepas hampir satu bulan di negara timur tengah nii rutin hujung minggu aku di sini masih belum menentu....tiada aktiviti yang tetap pd hujung minggu terutama pd sebelah petangnya. Sebelah paginya aku menggunakan masa yg ada utk mencuci pakaian dan juga mengosok pakaian yg mana patut...ada juga kwn aku cakap, hantar jee kat laundry kat bawah apartment akuu ni selesai. Tapi bg aku ini adalah salah satu cara utk aku manafaat masa yg ada dan menyibukkan diri lebih-lebih lagi dlm keadaan keluarga yang jauh dimata......

Seperti minggu2 yg lepas aku bersama kwn serumah menunaikan solat Jumaat di masjid Abu Bakar yg terletak tak jauh dari kwsn perumahan kami di Hoora....iaitu di Exhibition Avenue. Selepas solat Jumaat ramai kwn2 dari Malaysia yg berkumpul di tingkat atas masjid untuk mendengar terjemahan khutbah Jumaat yg dibaca dlm Bhs Arab ke Bhs Inggeris.....So disinilah peluang utk aku mengenal lebih rapat kwn2 dari Malaysia.

Selepas solat ada beberapa kwn2 yg mempunyai keluarga disini bercadang untuk melawat salah satu tempat tarikan pelancong di Bahrain iaitu....Tree of Life. Hmmmmmmm .......sebut jeer Tree of Life teruja gaak aku dan terpikir apa yg istimewa sangat pasal pokok kayu niii. Tak sabar-sabar rasanya nak tengok rupa bentuk pokok yg menjadi tarikan disiniii....

Lebih kurang ada 4 keluarga yg bercadang utk bertolak bersama2 dan hanya aku dan rakan serumah jeerlah yg bujang hehehehe....Kami bertolak dari pusat bandar lbh kurang jam 4 petang. Perjalanan yg sepatutnya dijadualkan jam 3 petang sedikit tertangguh akibat ada kwn bersama anak dan isterinya yg terperangkap di dalam lift hampir selama 40 minit.....keluar2 aku tengok babynya yg lebih kurang 6 bulaan tuuu senyuum jeer mcm tak dee apa2 puun walaupun mak bapak dia berpeluh2 di dalam lift tadii.....terdetik dlm hatiii aku coooolnya budak niiiii. Teringat pulak kat anak jantan aku yg hampir 2 tahun dan anak dara aku yg baru genap setahun tuu.....

Perjalanan kami melalui kawasan padang pasir Bahrain...pertama kalinya aku lihat padanng pasir Bahrain, kalau selama nii apa yg aku nampak hanyalah kwsn perumahan dan bangunan jeee. Aku duuk intai juga kuut2 ada unta2 liar kat sini .....mana tau boleh aku tangkap buat BBQ hehehehehehehe.

Selepas hampir 40 minit kami sampai di destinasi yg dituju. Dari kejauhan aku dah nampak sebatang pohon yg rendang ditengah2 padang pasir......subhanaAllah, mahasuci Allah ditgh2 padang pasir puun pokok nii boleh hidup keee. Bagi aku niii salah satu keajaiban yg Allah jadikan agar manusia berpikir tiada satu pun yg mustahil didunia ini jika Allah menginginkannya....


Tak banyak maklumat yg aku dapat mengenai Tree of Life niii....aku dimaklumkan pokok telah hidup diantara 400 ke 600 tahun ditengah2 padang pasir dan cuaca ekstrim yg mencecah sehingga 50darjah celsius pada musim panas. Aku lihat pokok ini tidak terjaga dgn baik hanya dikelilingi pagar besi yg separas pinggang org dewasa shj.......tiada langsung pihak yg mengawasi kwsn sekitarnya. Tak heranlah yg pokok ini menjadi mangsa vandalisma, pd batang dan dahan2nya penuh dgn contengan2 cat semburan dan ada juga dahan2nya yg dipotong. Pada pangkalnya aku lihat ada juga colok2 yg berwarna merah (spt yg digunakan kaum cina).....terlintas juga kat hati haaiii aku ada org mintak nombor ke kat siniiii....aku bersembang dgn salah sorang pengunjung tempatan yg memberitahu sebelum ini ada sekumpulan kaum India yg datang untuk membuat upacara dkt pokok ini tetapi hasil laporan orng2 tempatan ianya telah dihalang oleh pihak yg berkuasa.

Memandangkan hari dah agak lewat dan belum mengerjakan solat asar ....kami mencari tempat yg agak sesuai utk mengerjakan solat. Kami mencari kwsn yg agak jauh dari pokok ini agar tidak menimbulkan apa2 fitnah atau seumpama dgnnya. Disebabkan ditengah2 padang pasir niii tak dee air so terpaksalah aku dan kwn2 bertayammum mengguna debu2 pasir yg putih bersih tuuu.....aku senyum jeeerlah tgk kwn aku yg sapu debu kat muka dia hmmm..... mcm pakai bedak laaah pulaaak. Kami semua mengerjakan solat asar ptg tuu secara berjamaah dan pertama kalinya aku solat ditengah-tengah padang pasir....

2 comments:

~ blossom ~ said...

pokpi naik ape nak gi tgk "tree of life"??fatin rase its time dats matter tuk pokpi get used to their way of life and culture. Tapi, since agak ramai rakan2 dr m'sia kat sane, it shudnt be so hard, i guess :P

Mohd Saupi said...

Giii ngan kete laaa meek weeiii...
Arrii2 mkn kambing naik gemuk dah looo....