Tuesday, August 19, 2008
KEPENTINGAN MENYERTAI JEMAAH
Alhamdullilah, selepas solat Jumaat pada 15hb Ogos 2008 Allah memberi kelapangan untuk aku ikut sama2 kawan untuk mempelajari serba sedikit bab-bab dakwah. Bersama rakan serumah dan beberapa kawan yang lain kami dijemput oleh orang tempatan iaitu Tn Haji Sulaiman menuju ke Masjid Assaid yang juga terletak ditengah Bandar Manama. Tn Hj Sulaiman adalah seorang Arab Bahrain juga merupakan seorang Imam masjid disini. Jemaah kami lebih kurang 6 orang yang kesemuannya dari Malaysia diketuai oleh Tn Hj Saiful. Kami didedahkan dengan beberapa sunnah Rasulullah SAW seperti adab-adab beriktikaf di dalam masjid, tertib makan, tertib tidur, tertib ke bilik tandas dan adab bermesyuarah di dalam Islam. Sebelah malamnya program kami diisi dengan kuliah-kuliah agama dan peringatan betapa penting mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Sesungguhnya Rasulullah telah merintis satu jalan yang barang sesiapa mengikuti jalannya InsyaAllah kejayaan akan bersama mereka sama didunia atau diakhirat. Program yang dua hari satu malam ini merupakan satu pengalaman baru bagi aku. Menyertai jemaah adalah satu kewajipan bagi setiap individu muslim. Teringat kata-kata hukamak seseorang muslim yang menjauhkan diri dari mana2 jemaah Islam seumpama seekor biri-biri yang mengasingkan diri dari kawanannya di padang pasir, sudah pastilah ianya dengan mudah menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mencari mangsanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment