Hujung minggu Jumaat lepas aku pindah rumah sekali lagi, jaraknya taklah jauh sangat masih lagi disekitar Hoora, Manama. Aku terpaksa berpindah dari rumah lama kerana rakan serumah telah membawa kesemua ahli kelurganya disini. Aku difahamkan isteri beliau telah mendapat cuti selama setahun dari sebuah jabatan kerajaan di Malaysia. Tak heranlah sejak balik dari Malaysia nii bersama anak2 dan isteri, mukanya kelihatan amat berseri2 dan bercahaya.....
Hmmm keluar rumah sebab ada yang bawak bini dan masuk pulak rumah baru yang biniinya pulaak keluar rumah sebab pulang ke Malaysia untuk sambung tugas kerana cutinya dah hampir habis, difahamkan dia dah tinggal hampir setahun disini ...
Hujung minggu pindah rumah masuk jeer minggu baru aku berpindah pejabat pulaak. Seluruh Jabatan aku telah berpindah ke pejabat baru. Pejabat lama yang asalnya terletak di tingkat bawah bangunan Ibupejabat kini telah berpindah ke bangunan baru di Janabiyyah, lebih kurang 20km dari ibupejabat. Alhamdulillah pejabat baru kelihatan lebih selesa dan luas berbanding dengan pejabat lama yang susunaturnya agak sesak dan berhimpit2. Semoga dengan semangat rumah baru dan pejabat baru akan lebih memberi semangat utk aku menjalankan tugas-tugas seharian.
Wednesday, August 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment