Kereta tu sengaja saya tinggalkan diairport dan telah berpesan pd seorang rakan Ku Adenan utk tolong mengambilnya di airport nanti. Semasa check in saya telah dimaklumkan bagasi saya telahpun melebihi berat sebanyak 5 kilo, atau saya perlu membayarnya hampir 100 BD. Hand lugage pun disuruhnya timbang sama. Peluh dingin mula keluar, mahu tak mahu terpaksalah saya membongkar balik barang2 didalam hand lugage tersebut dan mengeluarkan yg mana dirasakan agak berat. Yang selebihnya saya minta tolong Hj Ismail utk pegang buat sementara waktu, selepas ditimbang semula dann mendapat kelepasan saya mengisi semula brg2 tersebut kedalam hand lugage. Alhamdulillah lepas jugaklah barang2 utk kwn2 dan sedara mara di Malaysia.
Cuti dua minggu di Malaysia adalah peluang untuk saya bermesra dengan keluarga tercinta selepas 3 bulan meninggalkan mereka di tanahair, hanya YM dan skype sahaja yang menjadi perantaraan antara kami untuk menatap wajah masing2. Aidilfitri tahun ini kami menyambutnya di Jabi. Saya dan keluarga tiba lebih kurang 2 hari sebelum Hari Raya. Hampir semua kakakku pulang pada malam hari raya pertama. Hari raya kali ini diraikan dengan juadah satay dan juga laksa dan laksan. Saya sekeluarga kemudiannya pulang ke Pendek untuk berhari raya disana pada hari raya yg kedua. Perjalanan pulang ke Shah Alam selepas Aidilfitri amat menyiksakan dengan kesesakan jalanraya yg teruk. Saya menggunakana jalan Pasir Mas-Tanah Merah-Jeli-Gua Musang-Cameron Highland-Simpang Pulai dan seterusnay ke Kuala Lumpur. Di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan hentian rehat penuh dengan pengguna lebuhraya. Selepas hampir 12jam perjalanan lamanya barulah kami tiba di Shah Alam. Baki cuti yang ada saya manafaatkannya bersama anak2 disamping menguruskan hal-hal peribadi yang lain di Malaysia. Saya juga sempat membeli beberapa buah buku utk dijadikan bahan bacaan semasa di Bahrain nanti. Pada malam 11/10/2008 saya dihantar ke airport KLIA oleh isteri bersama anak lelaki Danish yg kemudiannya mengamuk sakan semasa diairport.

1 comment:
Aku sebagai manusia biasa rasa tak sanggup nak tinggal anak dalam keadaan yang sebegitu rupa.Pada hemat akulah,biarlah family tu ikut sekali. Barulah aman sikit hidup ni. Pada orang yang kurang memahami, dia akan tanya besar benorkah duit Bahrain sampai tinggalkan anak bini untuk sekian lama? Tapi aku tabik kat hang, sebab boleh buat begitu utk kali keberapa(tinggal anak kat KLIA).
Post a Comment