Sunday, October 26, 2008

Kelas Bahasa Arab

Saya mendapat email pada minggu lepas dari guru Bahasa Arab kami Mohamad Jamal yang menyatakan kelas Bahasa Arab Level 1 akan bermula pada hari tersebut. Namun disebabkan notis yang terlalu singkat saya menghadapi kesukaran utk mendaftarkan diri pada hari itu. Saya kemudiannya bersama 2 orang rakan Nik Hafiz dan Wan Mohamad mendaftarkan diri di Discover Islam utk mengikuti kelas tersebut 2 hari kemudian.
Alhamdulillah saya dapat juga mengikuti kelas Bahasa Arab untuk Level 1 yang diadakan di Discover Islam sebuat pusat dakwah NGO yang beroperasi tanpa sebarang bantuan kewangan dari Kerajaan Bahrain. Kelas untuk Level 1 ini diadakan 2 kali seminggu iaitu pada hari Sabtu dan hari Selasa dari jam 7.30 hingga jam 9.30 malam.

No comments: