Sunday, November 30, 2008

Beriktikaf Di Masjid Wahab

Saya menerima jemputan dari seorang sahabat Haji Saiful pada hari Kahmis malam Jumaat 13hb November 2008 untuk kami sama-sama beriktikaf dan bermuhasabah diri di Masjid Wahab sekitar Manama juga yang lebih kurang 10 hingga 15 minit perjalanan sahaja dari rumah saya yang terletak di Hoora. Saya bersama-sama rakan serumah Hj. Ismail, dan sahabat2 selain Hj. Saiful iaitu Ku Adenan, Wan Tajuddin, Zahrin bersama-sama mengikuti program ringkas yang diaturkan selama lebih kurang 3 hari 2 malam di Masjid Wahab. Kami sama-sama mengikuti majlis ta'alim, tazkirah dan juga mengikuti program-program dakwah untuk orang-orang tempatan yang tinggal dikawasan berhampiran. Malamnya kami penuhi dengan solat-solat sunat, membaca Al Quran selain beriktikaf dan berzikir. Alhamdulillah program keagamaan yang sekali-sekala saya ikuti ini banyak memberi kesedaran tentang tujuan asal kehidupan sebagai hamba Allah setelah sekian lama bertungkus lumus mengejar keduniaan yang tiada hujungnya.

No comments: