Sunday, December 28, 2008

Dua Minggu Di Malaysia

Sempena cuti Hari Raya Aidil Adha dan juga cuti Hari Kebangsaan Bahrain, saya telah merancang yang agak last minute untuk pulang bercuti ke Malaysia. Dengan memohon cuti tahunan sebanyak 5 hari saya dapat jumlah cuti yang lebih kurang 2 minggu dan sebaiknya utk saya menafaatkan cuti ini sekali lagi bersama keluarga di Malaysia.

Tambang penerbangan kali ini agak sedikit mahal maklumlah musim cuti, penerbangan yg paling murah masih lagi Eitihad Airways yg harganya ialah BD 333 (Lebih krg RM 3200) yg saya tempah menerusi internet. Kawan serumah Hj Ismail bertolak sehari lebih awal iaitu pada 4hb Disember 2008 sementara saya bertolak pulang pada 5hb Disember 2008. Perjalanan pulang dgn Eitihad spt biasa penerbangan jam 10.20 mlm Bahrain dan transit di Abu Dhabi selama 2 jam, seterusnya tiba KLIA airport jam 2.45 petang Malaysia. Ketibaan saya dijemput oleh isteri tersayang yg juga disertai oleh anak2 tercinta Danish dan juga Sofea. Kegembiraan jelas terbayang diwajah mereka dgn kepulangan papa tersayang!

2 minggu di Malaysia penuh dengan pelbagai program yg telah diatur sedari awal lagi. Saya hanya berehat sebentar shj pada petang ketibaan dan sebelah malamnya selepas anak2 mula msauk tidur saya menziarahi pusat rawatan Islam TAQ di Bandar Puteri Klang untuk bertemu rakan2 disana. Keesokan harinya iaitu pd 7hb Disember 2008 kami berkemas2 dan bertolak pulang ke Kelantan walaupun bertolak agak lewat iaitu lbh krg jam 10.30 pagi. Alhamdulillah perjalanan agak lancar tanpa byk kesesakan lalulintas kami menggunakan jalan Karak Highway-Raub-Gua Musang-KB yg memakan masa lbh 9 jam.

Hari Raya Korban tahun ini saya sambut secara sederhana shj di Kg. Pendek, solat sunat Hari Raya Korban agak awal iaitu jam 8.30pg utk memberi peluang kpd para muslimin membuat persediaan melakukan ibadah korban. Selepas solat dan bersarapan pagi, saya disertai ibu mertua(Mek), isteri dan 2 anak kesayangan menuju kerumah tuan lembu yg kami tempah beberapa bahagiannya utk ibadah korban.

2 comments:

Anonymous said...

citer x abis lagi ni...
continue ler

dak wan said...
This comment has been removed by the author.