Thursday, December 4, 2008

Kejadian Yang Tak Disangka-Sangka

Pada pagi 1hb Disember 2008 saya kepejabat yang terletak di Janabiyyah seperti biasa memandu kereta yang jarak perjalanannya lebih kurang dalam 20 minit dari rumah saya yang terletak di kawasan Hoora, Manama.

Sesampai di pejabat pagi tuu saya seperti biasa menegur sapa beberapa kawan-kawan sepejabat yang berhampiran. Seorang rakan sepejabat yang juga merupakan salah seorang juruteknik saya yang berbangsa Arab iaitu Salman yang jarang saya sapa pun pagi itu saya tegur dengan ramah. Beliau seorang yang agak pendiam dan agak jarang bergaul dengan rakan2 lain tanpa ada apa2 urusan yang perlu.

Selepas menyelesaikan beberapa urusan yg perlu, saya keluar dari pejabat untuk melawat tapak projek dan urusan2 lain lebih kurang jam 9.30 pagi. Keluar beriringan dengan saya adalah Salman dengan membawa dokumen2 dan lukisan projek ditangannya. Sambil jalan beriringan kami berbual2 ringkas, beliau menanya kemana destinasi hari nii...saya juga bertanya soalan yg sama. Beliau menerangkan ada pertemuan dgn kontraktor untuk menyelsaikan urusan 'as built drawing' utk satu projek yg sudah siap sepenuhnya. Kami keluar ke haluan masing2 selepas itu.

Lebih kurang dua jam kemudian saya mendapat panggilan dari rakan sekerja yg juga rakan Malaysia Nordey yg mengatakan ada kemalanagn berlaku tidak jauh dari kawasan pejabat saya, beliau memaklumkan saya kereta yg terlibat dlm kemalangan itu adalah Juruteknik saya tadi iaitu saudara Salman! Beliau menyatakan saudara Salman meninggal di dalam kemalanagan tersebut! Di antara percaya dan tidak saya terdiam seketika sebelum terus memecut kereta menuju ketempat kejadian. Sesampainya saya pihak polis sedang melakukan siasatan dgn kedua2 kereta yg berlanggar masih disitu. Ambulan juga ada disitu dan saya sempat melihat sekujur tubuh yg telah kaku yg baru tadi lbh krg 2jam lepas berjalan beriringan dan berbual dgn saya. Hanya 2 jam yg memisahkan antara saya dan dia...MasyaAllah.

Inallilahiwainnailaihiraajiiun...semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya dan menempatkannya dikalangan orang2 yg beriman.

No comments: