Bengkel rohani bagi saya memerlukan proses yg berterusan.....bagaikan kenderaan yg memerlukan servis dari semasa kesemasa atau bagaikan pekerja yg dihantarkan majikannya menghadiri seminar2 atau workshop utk meningkat kemahiran di dalam menjalankan tugas seharian. Apatah lagi bab2 yg berkaitan dgn hati,rohani dan didikan nafsu sudah tentu seminar sebegini juga jauh lebih penting lagii. Didikan nafsu memerlukan proses yang panjang ianya memerlukan pengorbanan diri utk hadir, pengorbanan masa rehat dan cuti dan juga wang ringgit walaupun tak semesti begitu. Ianya kelihatan amat mudah secara teorinya namun ianya amat sukar utk dilaksanakan.
Saya melihat pada diri sendiri, merasakan diri yg amat jahil ilmu2 agama, hanya pandai membaca Quran pun secara merangkak2, dalam keadaan yang hampir hampir kosong ilmu tanpa pengisian, jiwa yang kotor penuh dgn pelbagai dosa2 kecil. Mungkin seseorang yg hanya kebanyakan tidak baik sangat dan tak juga jahat sangat.......agak2 saya begitu. Tidak pernah pula menerima didikan agama secara formal. Kekadang merasakan diri begitu sukar utk mengerjakan suruhan agama yg wajib apatah lagi utk mengerjakan amalan yg sunat. Namun sejak minat meghadiri majlis2 dan seminar keagamaan di Malaysia sebelum berpindah ke Bahrain hati saya mula terbuka sedikit demi sedikit keinginan dan keazaman utk mengukuhkan amalan wajib semakin menebal keghairahan utk beramal dgn amalan2 sunat mula menunas. Minat saya ukt membaca Al Quran secara istiqomah mula berputik. Kesedaran akan matlamat hidup yg sebenarnya adalah kembali ke hadrat Allah ke alam akhirat yg kekal dgn membawa bekalan baik sebanyak yg mungkin.
Seperti biasa Hj Shaiful menjadi perantara saya utk majlis2 ilmu jamaah dakwah disini dgn memaklumkan program terkini. Cuti tahun baru 1hb Januari 2009 saya manfaatkan dgn menghadiri majlis iktikaf di Masjid Al Iman yg terletak di Muharraq tidak berapa jauh dari Bahrain airport. Kali ini kami behasrat menyertai jemaah orang tempatan(kebanykan dr Pakistan dan India) yg beriktikaf di situ. Saya kali ini juga disertai rakan serumah Hj Ismail, Hj Shaiful dan anaknya Abdullah yg baru berusia 5 tahun tetapi begitu istiqomah hadir didalam hampir kesemua majlis ilmu yg dihadiri oleh bapanya. Keletah beliau dan daya fokusnya terhadap majlis ilmu tidak menunjukkan yg beliau masih begitu amat muda.
Alhamdulillah kami beriktikaf selama 2 malam disini bermula pd petang hari Khamis 1/1/2009 sehingga tengahari 3/1/2009 ......banyak ilmu2 yg baru yg saya pelajari disini. Manusia pada tabieenya memang lemah, tiada daya dan upaya selain dari Allah swt. Syukur kpd Allah kerana memberikan kekuatan dan hidayahNya utk saya hadir majlis yg begini. Tidak ramai manusia sanggup hadir ke bengkel utk memperbaiki hati dan iman, walaupun ianya diberikan secara percuma, namun ramai sanggup membayar harga yg mahal utk hadir ke bengkel2 dan workshop bagaimana ukt menambah sumber kewangan atau menambahkan ilmu kemahiran diri yg lainnya. Ya Allah berikan aku kekuatan dan istiqomah dalam beramal....
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
tenang dan damai jer baca nukilan akhi..
Post a Comment