Sunday, January 11, 2009

Dua Minggu Di Malaysia Bhg 2

Percutian kali ini saya rasa sungguh bermakna dan cukuplah sekadar kalau saya katakan saya lebih gembira kali ini....Kepulangan dari Besut Terengganu selepas cuti Hari Raya Korban tidak terus menuju ke Shah Alam seperti tahun2 yang lalu. Dari Besut saya menggunakan jalan pantai dan singgah di Merang Suria Resort dgn harapan memanafaatkan masa bersama keluarga tersayang. Danish dan Sofea meghabiskan masa lebih dari setengah jam bermain di kid playground diluar bilik penginapan yg mempunyai rumah kecil dan papan gelongsor. Saya menyembunyikan gelak besar melihat Danish yg tergolek2 namun bangkit semula dgn penuh semangat selepas turun dari papan gelongsor kanak2.Sementara Sofea tidak lekang dgn senyuman dibibirnya sambil bermain di dlm rumah plastik itu. Malam sebelum tidur bagi memastikan anak2 tidur dgn aman di tempat asing saya membaca sedikit doa2 perlindungan serta ayat2 ruqyah utk menjauhkan dari segala gangguan jin dan syaitan. Alhamdulillah anak2 tidur dgn lena.

Keesokan harinya selepas kami bersarapan bersama2, saya, isteri dan bibik berserta anak2 kepantai...Danish pd mulanya kelihatan agak takut2 utk bermain dgn ombak2 kecil, Sofea sebaliknya menunjukkan sikap yg lebih berani malahan tergelak2 kecil semasa air laut mula membasahi kakinya. Pulang dari pantai isteri saya ingin melepaskan giannya utk mandi kolam. Pd mulanya saya hanya menjadi pemerhati sahaja namun kemudiannya ikut serta membasahkan badan di dalam kolam. Danish dan Sofea juga kelihatan seronok mandi kolam dibawah jagaan rapi bibik dan isteri.

Selepas berkemas2 dan check-out lbh kurang jam 2.00pm, kami bertolak meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Saya menggunakan jalan Merang-K.Trg-Sg. Tong-Jabor-LPT-Karak-KL dan Shah Alam dan alhamdulillah selamat tiba hampir jam 10.0 malam.

No comments: