Aku mengambil syarikat penerbangan Sri Langkan Airlines untuk pulang ke Malaysia kerana syarikat ini adalah antara yg menawarkan tambang pergi balik yg agak murah. Pada 12/6/2006 aku bertolak dari Bahrain International airport lebih kurang jam 9.00 malam menuju ke Colombo Sri Langka dan penerbangan memakan masa lebih kurang 4 1/2 jam. Penerbangan aku singgah transit di Colombo selama 2 jam untuk menunggu penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur. Dari Colombo menggunakan syarikat penerbangan yg sama juga iaitu Sri Langkan Airlines memakan masa lebih kurang 3 1/2 jam dan aku tiba di KLIA lebih kurang jam 2 petang Malaysia.
Perasaan rindukan tanahair sedikit terubat selepas melihat kehijauan pohon2 disepanjang perjalanan dari KLIA airport ke Shah Alam. Melihat suasana sekeliling, rasa macam lama sangat aku meninggalkan tanahair walaupun sebenarnya hanya baru sebulan shj diBahrain. Sesampai dirumah dan sebaik sahaja menjenguk muka aku lihat anak lelaki Danish dah pun ada dirumah, dia dengan mukanya yg tergamam seolah2 tak percaya papa kesayangannya tetiba jee muncul didepan mata. Rupa2nya anak lelaki aku niii dah pun dibenarkan keluar wad semalam sementara adiknya masih lagi ditahan di wad SMC dan semakin beransur pulih.
Selepas berehat sekejap mandi dan bertukar pakaian aku terus menuju ke SMC bersama anak lelaki yg asyik mengekori aku kemana shj sejak dari tadii. Setibanya aku di wad seperti jugak abangnya tadi anak perempuanku Nur Sofea jugak agak tergamam sebaik melihat aku, alhamdulillah dia masih lagi ingat papanya sebaik shj aku mendukung dan bermesra dengannya.
Rasa risau memikirkan tentang kesihatan anak2 sebelum ini segera hilang sebaik shj aku lihat anak2 ku semuanya berada di dalam keadaan sihat dan menunjukkan tanda2 semakin baik. Pada malam itu kami sekeluarga iaitu aku, isteri dan kedua2 anakku bermalam di wad SMC.
Keesokan harinya alhamdulillah Doktor mengesahkan Sofea semakin pulih dan dibenarkan pulang kerumah. Syukur kehadrat Allah swt yg telah mengabulkan doa2 hambaNya.
Saturday, June 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
Tahniah Saupi,
Blog Malaysian in Bahrain adalah blog peribadi saya dan bukan blog Malaysian CLUB...
Saya harap tajuk link di blog saudara dapat ditukar...
Saya minta izin untuk link blog anda ke MalaysianinBahrain.
Salam
Kamarulzaman Ahmad
Post a Comment