Alhamdulillah hari nii dah kira masuk hari ketiga saya berpuasa di sini dan merupakan pengalaman pertama kalinya berpuasa di negeri orang juga pengalaman bertama kalinya berbuka puasa tanpa ditemani yang disayangi disisi sepanjang usia perkahwinan kami...
Sebagaimana yg saya pernah citekan dulu Bahrain mengamalkan sistem pemerintahan yang amat liberal, bukan Islam liberal lagi atau Islam yg ada had dan hari ..... Itulah malangnya bila negara Islam diperintah oleh seorang raja yang penasihat2nya pulaa berlatarbelakang barat dan berkiblatkan Amerika. Tak heranlah dipusat bandar Bahrain iaitu Manama nii dipenuhi dengan pusat2 hiburan, bar, pusat2 urut (Siam massage lagiii woooh) juga dengan disko2nya. Tetapi alhamdulillah semepena bulan Ramadhan yg mulia ini semua pusat2 hiburan telah diarahkan tutup sepenuhnya. Sekiranya sebelum ini setiap hujung minggu Bandar Manama akan penuh sesak dengan kenderaan yg no pedaftarannya dari lain2 negara teluk yg berhampiran terutamanya Arab Saudi dan tak kurang pulaa dari Qatar, UAE, Kuwait....yg kebanyakannya mencari hiburan di siniii. Ini kerana negara2 teluk yg lain boleh dikatakan mempunyai undang2 yg lebih ketat dan keras berbanding Bahrain yg lebih terbuka walaupun tak sehebat di Dubai. Saya rasa satu rahmat yg besar pd bulan ini jalan2 raya utama terasa lebih sepi dan lengang terutamanya pd malam hari berbanding dgn sebelumnya. Lagi satu sikap orang arab nii klu memandu boleh menyebabkan darah kita mendidih klu tak kena darah tinggi pun, apa taknya mereka blh memberhentikan kereta ditengah2 jalanraya yg sibuk semata2 utk bersembang dgn bertegur sapa dgn kenalan tanpa mempedulikan kereta yg bersusun2 menunggu dibelakang mereka kerana terhalang.
Dalam 3 hari berpuasa saya rasa masih terlalu awal utk mengambarkan Ramadhan secara keseluruhannya disini. Dua malam yg lepas saya sempat berterawih di dua masjid yg berlainan iaitu di Masjid Abu Bakar tak jauh dari tempat tinggal saya di Hoora dan malam keduanya di Masjid Al Fatih. Saya lebih suka berterawih dimasjid Abu Bakar kerana bacaan Imam Syeikh Walid yg lebih lunak dan juga ayat2 yg dibacaanya mungkin juga tidak terlalu panjang yg saya anggarkan dlm 2 ke 3 muka surat shj utk setiap rakaat berbanding di masjid Al Fatih yg setiap rakaatnya memakan masa yg amat panjang kerana ayat yg dibaca imamnya saya anggarkan mungkin lebih 5 muka surat setiap rakaat. Saya beranggapan kekhusyukan didalam solat atau kualiti solat itu sendiri adalah lebih penting berbanding dgn kuantiti bacaannya. Rata2 masjid disini berterawih sebanyak 8 rakaat dan tanpa diselang seli dgn bacaan selawat yg biasa kita amalkan di Malaysia. Solat witirnya pula awal2 lagi dah ada doa qunut tak seperti di Malaysia yg biasanya doa qunut hanya mula dibaca bermula dari mlm yg ke 15 Ramdhan shj. Doa qunutnya amat panjang mungkin hampir 5 minit utk doa qunut shj. Selepas solat tiada zikir2 atau doa yg dibacakan oleh imam yg diamalkan disini begitu jua pada setiap solat fardhu, masing2 doa atau zikir. Amalannya sama spt apa yg diamalkan di Arab Saudi begitu juga dgn yg diamalkan di sebuah negeri di Malaysia. Mengikut pengalaman kawan2 suasana sepanjang Ramdhan disini lebih indah dan saya masih mencari detik2 keindahan Ramdhan disini...
Waktu bertugas saya disini pada bulan Ramdahan adalah lebih pendek iaitu dari jam 8am hingga 2pm. Kalau hari biasa ianya bermula dari jam 7am hingga 2.15pm. Tetapi rata2 syarikat swasta disini mengamalkan waktu bekerja dari 8am hingga 1pm selepas itu rehat dari jam 12pm hingga 4pm dan sambung balik dari 4pm hinga 6pm. Selepas waktu pejabat biasanya saya akan singgah di masjid Abu Bakar utk solat Asar yg masuk waktu dlm jam 3pm. Biasanya sampai dirumah dlm jam 4pm. Saya kira bertuah juga kerana housemate saya sekarang adalah seorang yg pakar bab2 masakan... Saya mula tinggal dgn beliau hampir sebulan yg lepas, selepas isteri beliau pulang ke Malaysia utk sambung bertugas. Biasanya kami mula memasak dlm jam 4.30 pm dan siap sebelum waktu berbuka iaitu jam 6pm. Saya akan memain peranan sebg watak pembantu shj didapur....dgn kepakarannya soo taklah saya keempunan sangat dgn masakan Melayu spt udang gulai kunyit, sotong masak sambal, ikan asam pedas atau kari daging dan ulamnya wajibnya adalah salad. Ariii tuu ada gaak ambik gambar masakan beliau nnt klu ada saya letakkan kat siniii. Hmmmm tak tau laah nk cakap samada bulan puasa nii badan hakuu ni makin kurus kee makin naiikk....hehehehe
Thursday, September 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment